Welcome to my Blog. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Black Widow ♥

Me

Dayana | 12 | Ipoh
Laffyouu

; ;

✎ Story Mory
Friday, April 13, 2012 | 0 comments


 Pada satu masa dahulu , ada seorang gadis yang cantik rupawan , namun sayang seribu kali sayang matanya buta , andai matanya celik , pastinya dia adalah gadis yang amat sempurna .

Dalam keadaan buta itu , ada seorang lelaki yang amat mengambil berat akan gadis buta tersebut ,semua keperluan di sediakan melebihi tanggungjawab terhadap dirinya sendiri .
Dengan penuh rasa cinta dan penuh simpati lelaki itu menjaga gadis tersebut .

Lalu pada satu hari , gadis itu berkata kepada lelaki itu , " Seandainya diriku yang buta ini ditakdirkan celik pada suatu hari nanti , tentunya akan aku berkahwin dengan dirimu wahai pemuda yang budiman ". Alangkah gembiranya rasa lelaki tersebut dengan pengakuan gadis itu .

Ditakdirkan oleh Allah , gadis itu telah menerima khabar bahawa ada seorang penderma mata telah bersedia menderma matanya buat gadis itu , dan masa berlalu , gadis yang buta itu telah celik seperti orang lain .

Bila dilihat lelaki yang dulunya selalu menjaganya , alangkah kecewanya hati gadis itu kerana lelaki itu rupanya seorang yang buta , lalu dibatalkan niat untuk berkahwin dengan lelaki itu .

Lelaki itu tersenyum seraya berkata " Wahai adinda ,aku mencintaimu bukan kerana cantiknya parasmu , bukan kerana butanya matamu , namun kerana luhurnya hatimu , pesanan ku buat mu, tolonglah jaga mataku yang aku dermakan padamu itu sebaik mungkin,  lihatlah dunia ini dengan mata itu ,"

Lalu menangis lah gadis tersebut dengan sepenuh hati .

| Newer Post